Soalan Magic Yang Selalu Kami Terima

1. Bagaimana nak join program ini ?

1- Tekan butang (Get Detail Here).
2- Pilih berapa set kuantiti tempahan anda & tekan Update Cart
3- Tekan butang (Proceed To Checkout).
4- Isikan alamat tempahan anda, upload IC/Mykad anda bersama.
5- Anda boleh bayar menggunakan kad kredit/debit kad atau bayar secara terus menggunakan online bank anda.

* Untuk daftar ahli seluruh ahli keluarga pun boleh di buat sekaligus. Harga setiap peserta hanya RM10 dan jimat pada tempahan pos. Hanya perlu set kuantiti pada tempahan sahaja.

 

 

2. Simkad Tone Excel masih aktif, boleh saya upgrade ke Tone Wow ?

Semua ahli Tone Excel yang masih aktif boleh UPGRADE simkad Tone Excel kepada ToneWow dengan hanya RM10. Status pendapatan, kadar komisyen anda dan bilangan ahli rangkaian terdahulu masih tetap kekal sedia ada (tidak berubah).

Sila hubungi leader/upline/introduser/agen yang sama pernah anda berdaftar dahulu untuk upgrade

 

 

3. Saya dah ada T-Excel/T-Plus/Tone Wow dari agen lain. Saya hanya nak dapatkan sistem automatik dan website sahaja boleh ?

Harap Maaf, untuk seketika pihak kami TIDAK BUKA pendaftaran kepada ahli Tone Excel, Tone Plus, Tone Wow sedia ada di bawah program sistem Apprentice (Autopilot & Iklan Automatik).

Walaubagaimanapun pihak kami akan melakukan perbincangan bersama agensi terlibat untuk buka tawaran sistem automatik ini kepada ahli sedia ada seluruh Malaysia pada kadar harga tertentu kelak. Harap sudilah melayari web ini untuk maklumat tersebut dari semasa ke semasa.

 

 

4. Nombor lama saya macam mana, boleh kekalkan ?

BOLEH, tiada masalah.
Pihak kami akan menghantar simkad telefon ToneWow MNP terlebih dahulu kepada anda. Kami tidak akan daftarkan anda serta merta dan kekalkan nombor telefon lama anda terlebih dahulu, ini adalah kerana bagi mengelakkan data + nombor telefon kenalan anda hilang.

Tambahan pula, nombor telefon lama anda akan terbatal sebelum pakej tiba ke destinasi dan menyukarkan urusan perhubungan anda. Setelah pakej berada di tangan anda, anda hanya perlu whatsapp/email/sms kami untuk proses kekalkan nombor telefon lama.

Whatsapp Text/SMS sahaja : (011) 355 15008
dapatkan alamat email dari web ini dan scroll kebawah

PENTING!
Pihak HQ akan hantar kod OTP ke nombor telefon lama anda untuk tujuan pengesahan. Setelah dapat OTP, sila whatsapp kepada kami pada kadar segera!

 

 

5. Anak saya umur 12 tahun, boleh dia menyertai ?

12 tahun ke atas sudah boleh buat permohonan. Bagi anak 12 tahun ke bawah, ibu bapa perlu buat permohonan atas nama sendiri untuk anak-anak. Untuk urusan pembayaran komisyen kelak, ada borang 3rd party untuk di isikan ibu bapa berkenaan arahan bayaran ke akaun bank ke mana-mana akaun anda inginkan.

 

 

6. Saya dan 5 orang ahli keluarga lain berminat nak sertai, apa perlu di buat ?

Anda akan jimat dari segi kos penghantaran!

1- Tekan butang (Get Detail Here).
2- Pilih 6 set kuantiti tempahan anda & tekan Update Cart.
3- Tekan butang (Proceed To Checkout).
4- Isikan alamat tempahan anda, upload IC/Mykad anda bersama.
5- Anda boleh bayar menggunakan kad kredit/debit kad atau bayar secara terus menggunakan online bank anda.

PENTING!
Untuk lagi 5 pendaftaran ahli keluarga anda, kami perlukan butiran setiap dari mereka seperti berikut dan emailkan semua butiran yang di perlukan ke alamat email di web ini.
Nama :
Nombor Telefon terkini:
Email:
Gambar IC setiap dari mereka:

* Butiran dan gambar IC anda akan di padam/delete/hapuskan serta-merta sebaik sahaja pendaftaran berjaya di lakukan. IC di perlukan untuk setiap pendaftaran yang di wajibkan oleh SKMM- Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

 

 

7. Ada sebarang bayaran tambahan selain kos produk ?

Cuma bayaran tambahan di kenakan untuk urusan postage/penghantaran ke destinasi tempahan anda. Kadar rata RM10 bagi penghantaran seluruh Semenanjung/ Sabah/ Sarawak!

Jika anda lakukan tempahan untuk 10 pakej bagi setiap orang isi ahli keluarga anda, hanya cas RM10 untuk kos penghantaran sahaja di kenakan berdasarkan alamat tempahan anda. Satu alamat, satu kadar rata!

 

 

8. Jika saya buat iklan online dan ada orang ingin menyertai saya sebagai apprentice di sini, tetapi dia dah ada Tone Excel/Tone Plus. Bolehkah ?

Sekiranya individu tersebut telah lakukan pembayaran melalui portal ini melalui iklan yang anda lakukan, ada 2 perkara yang akan berlaku.

1. Pihak kami memulangkan kembali wang kepada individu tersebut.
2. atau individu tersebut daftarkan atas nama lain mewakili dirinya kebiasaannya ahli keluarga terdekat.

Peringatan: Sekiranya berlaku pemulangan wang, pihak kami hanya akan kenakan sedikit sahaja cas bayaran proses perbankan yang di kenakan oleh pihak bank kepada kami. Dan bagi nombor 2 di atas sekiranya individu tersebut masih ingin menyertai dengan menggunakan ahli keluarga lain sebagai proksi dirinya, kami tetap daftarkan individu proksi tersebut di bawah anda sendiri di mana anda adalah sebagai agen/introduser tersebut.

Untuk hal akaun komisyen, beliau tidak perlu risau! Ada arahan borang 3rd party bagi membenarkan kemana pembayaran komisyen perlu di buat.

 

 

9. Boleh saya terus register sebagai Normal Member/ Apprentice PRO tanpa perlu mula dari Apprentice LITE ?

Secara teknikalnya BOLEH!
Tetapi kami tidak mencadangkan anda berbuat begitu. Untuk Normal member/Apprentice PRO, harga pakejnya adalah RM100 tidak termasuk kos pos dan proses.

Pihak kami hanya kenakan RM10 untuk anda bermula dari bawah dan lebih jimat. Dari anda membayar RM100 untuk Normal Member, pada harga yang sama anda boleh dapat 10 keping simkad Tone Wow Lite/ Apprentice LITE termasuk penghantaran pada alamat destinasi yang sama. Ini bermakna anda boleh daftarkan 9 ahli keluarga yang lain di bawah anda dan lebih peluang pendapatan.

Usah risau, Tone Wow Lite/Apprentice LITE anda akan automatik upgrade serta merta menjadi Normal Member/Apprentice PRO apabila komisyen anda cecah RM100, status akan berubah termasuklah persen komisyen anda juga turut berubah.

 

 

10. Saya masih tidak faham. Tone Excel/Tone Plus/Tone Wow/ Apprentice ?

Portal yang anda layari ini mengedarkan simkad telefon Tone Excel sahaja.
Tone Excel & Tone Plus adalah adik beradik yang datang dari syarikat Tone Group HQ.
Syarikat ini dalam perjalanan menyatukan 2 produk ini menjadi satu jenama maka wujudlah ToneWow.

Kini Tone Excel & Tone Plus sedang berada dalam fasa peralihan.
Sekiranya anda masih ahli sedia ada Tone Excel & Tone Plus tersebut,
anda perlu upgrade simkad terdahulu anda kepada ToneWow.

Ahli sedia ada setelah upgrade, komisyen bulanan dan pangkat anda
sedia ada TIDAK BERUBAH & kekal, cuma jenamanya saja berubah.

Kelebihannya pelanggan boleh menyertai anda pada harga murah tetapi
pengiraan kadar persen komisyen masih tetap sama seperti dahulu.

Jika ada ahli baru ingin menyertai anda, mereka boleh bermula sebagai
ToneWowLite dengan hanya RM10. Sebaik sahaja persen
komisyen ahli baru tersebut melepasi RM100, ia secara automatik akan menjadi
normal member yang akan nikmati persen komisyen sama seperti anda.

 

 

11. Apprentice LITE & Apprentice PRO. Apa bezanya ?

Sama saja melalui program ToneWow ada (Lite & Normal Member).
Di sini melalui portal ini kami ada sistem Autopilot & Autodownline.
Kesemua ahli yang berdaftar di bawah program ini kami jadikannya sebagai Apprentice sistem tersebut.

ToneWowLite = Apprentice Lite. | Penyertaan awal pada harga rendah.
ToneWow Normal Member = Apprentice Pro. | Kadar persen komisyen tinggi sedikit.

Pakej produk yang kami pasarkan kepada anda ialah simkad ToneWow cuma kami sediakan sistem yang membolehkan anda mencari pelanggan baru dengan kadar segera dan cepat!

Secara asasnya, ia adalah program yang sama cuma bayaran persennya saja berubah mengikut dua pakej tersebut.

 

 

12. Ada tak sistem yang tidak perlu jumpa orang, tapi masih boleh dapat pendapatan lumayan ?

Kami bina sistem Online & Offline ini bagi membantu anda bina pendapatan lumayan setiap bulan.

Kami faham ada dari kalangan anda tidak suka mempromosi, tidak suka berjumpa orang, masih bekerja tapi tidak ada masa nak buat, suri rumah yang terbatas untuk bergerak tetapi berminat nak dapat untung lumayan dari rumah dan sebagainya.

Di sini setelah anda menjadi Apprentice, kami berikan anda sistem untuk anda lakukannya di mana sahaja anda berada!

Jika anda mahir iklan di FB, Google Ads, Bing, Twitter, email, Whatsapp atau sebagainya, anda dah boleh buat.

Sistem berikan anda satu unik url milik anda (affiliate id), hanya perlu copy&paste.

Untuk urusan pendaftaran,pos & penghantaran ? Usah risau, kami uruskan untuk anda hingga ke destinasi mereka di luar sana.

Anda hanya perlu jalankan aktiviti pengiklanan online saja tanpa perlu berjumpa mereka di luar sana.
Lebih cepat dan lebih ramai menyertai anda!

 

 

13. Bagaimana cara pembayaran komisyen ?

Untuk makluman anda, setiap permohonan baru perlu di lampirkan nombor akaun perbankan anda.

Tonewowofficial.com tidak membayar komisyen anda kerana portal ini bertindak sebagai agen pemasaran mewakili pihak anda.

HQ Tone Group akan membuat pelarasan pembayaran komisyen anda setiap bulan terus ke akaun bank anda sendiri.

 

 

14. Saya ini Blacklisted / Muflis. Boleh sertai ?

Kami terima ramai dari kalangan mereka dalam kategori Blacklisted & Muflis.

Tidak ada masalah untuk anda menyertai membina kewangan bersama mereka yang lain.

Anda hanya perlu download borang 3rd party arahan pembayaran komisyen di bahagian sistem Tone Group.

Contohnya anda daftar guna ic & nama anda sendiri, kemudian anda buat arahan pembayaran komisyen bulanan anda kepada isteri/ibu/anak anda.

 

 

15. Saya dah dapat pakej, tapi saya nak refund!

Sebaik sahaja pembelian sah di lakukan, proses pendaftaran anda akan ambil masa antara 12-24jam.

Sekiranya dalam tempoh itu sistem masih belum daftarkan penyertaan anda, maka refund/pemulangan wang boleh di lakukan dan mengambil masa antara 2-3hari masa bekerja.

Apabila pendaftaran telah selesai dan proses penghantaran ambil alih, maka R.E.F.U.N.D tidak boleh sama sekali di lakukan!

 

 

16. Kenapa R.E.F.U.N.D tidak dapat penuh & lewat ?

Sistem ini adalah automatik sepenuhnya. Bermakna kami hubungkan program apprentice di sini bersama pihak perbankan pada kadar cas harga tertentu yang di kenakan oleh pihak bank.

Pihak bank akan luluskan urusniaga antara pembeli (anda) dan penjual (kami) pada harga tertentu.

Sekiranya pembayaran berjaya, cas yang di kenakan oleh pihak bank kepada kami akan di tolak dari amaun refund. Jadi YA, anda tidak dapat pemulangan penuh.

Dan sekiranya anda lakukan pembayaran menggunakan sistem Paypal/Kredit/Debit Kad yang kami sediakan, pihak Paypal akan kenakan cas 3.9% + RM2.00 bagi setiap transaksi urusniaga.

Maka, pihak kami akan uruskan refund ini setelah di tolak cas harga dari pihak Paypal. Dan syarat Paypal untuk refund mengambil masa 180 hari dari tarikh pembelian berjaya di lakukan.

Walaubagaimanapun jika anda guna perkhidmatan Online Banking di mana anda boleh bayar terus menggunakan bank tempatan anda, refund hanya mengambil masa antara 2-3hari dalam masa bekerja.
 

17. Soalan Paling Hensem Yang Anda Mahu Dengar Jawapannya.

Berapakah komisyen topup untuk simkad Tone Wow?
Jawapan : Sila rujuk nota di bawah untuk jumlah komisyen :

Lite bermula dengan simkad RM10 (kredit RM1)
Komisyennya:

L1 : Komisyen anda untuk level 1 pembeli dan pengguna simkad.
L2 : Komisyen anda untuk level 2 pembeli dan pengguna simkad.
L3 : Komisyen anda untuk level 3 pembeli dan pengguna simkad.
L1 = 3%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM1.50.
L2 = 2%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM0.50.
L3 = 5%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM2.50.

 

Normal Member bermula dengan simkad RM100 (kredit RM30)
Komisyennya

L1 = 6%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM3.00.
L2 = 3%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM1.50.
L3 = 11%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM5.50.
(jika kita topup simkad sendiri lebih dari RM30)

*ATAU*

L1 = 10%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM5.00.
L2 = 3%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM1.50.
L3 = 13%. Contoh mereka topup RM50 , anda dapat RM6.50.
(jika kita top up simkad sendiri lebih dari RM60)

Tambahan :

Lite boleh taja Lite
Lite boleh taja Normal Member
Normal Member boleh taja Lite
Normal Member boleh taja Normal Member

 

Soalan : Bagaimana Lite member nak upgrade ke Normal member?
Jawapan : Ada 2 cara.Pertama-Buat bayaran RM100 atau kedua-apabila komisyen mencecah RM100 dan gunakan untuk upgrade.

 

Soalan : Adakah ahli Tone Excel boleh menjual simkad ini?
Jawapan : Boleh , ahli Tone Excel akan automatik di upgrade ke Normal member tetapi wajib membeli dan mendaftar simkad Tone Wow dibawah upline masing masing kecuali simkad TE mereka dah expired.

 

Soalan : Ada berapa peringkat keahlian dalam Tone WOW?
Jawapan : 1.Lite – 2.Normal Member – 3.Junior Center – 4.Service Center – 5.Branch.

 

Soalan : Bagaimana nak naik pangkat dalam bisnes Tone WOW?
Jawapan : Jika anda bermula dari Lite member , anda perlu membayar RM100 untuk upgrade ke normal member.Untuk naik ke Junior Center hingga ke Branch , terpulang kepada syarikat untuk menentukannya.Bergantung kepada prestasi dan komisyen anda.

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge